Saturday, May 16, 2015

Aku dan diabetes | Al-kisah

Al-kisah | Assalamualaikum..ketika aku menulis entri ini, aku berumur 22 tahun dan aku nekad untuk menulis entri ini walaupun aku tidak pasti bila akan aku kongsikan bersama anda semua. Mungkin selepas ini blog ini hanya akan bercerita kisah aku. Ya kisah aku dan sakit kurniaan yang Allah beri ini. Kurniaan yang terindah ini. :)

Lama juga aku memikirkan tentang kisah ini. Adakah patut atau tidak aku kongsikan, namun..aku nekad berkongsi pada semua walaupun lambat supaya yang senasib dengan aku mampu mencari semangat yang hilang. Ya hilang..mungkin korang semua boleh kata iman aku lemah. Allah.. Ya lemah..hanya kerana sakit yang biasa ini aku lemah. Sakit yang biasa dikalangan rakyat Malaysia tapi bukan dikalangan golongan muda seperti aku. Aku dan adik aku. 

Dulu ketika aku tidak ada penyakit ini, ya aku tidak faham apa yang adik aku rasa. Kini, aku faham kenapa ada ketika saat orang keliling sibuk menegah supaya tidak makan itu tidak makan ini pada adik, dia melenting. Ada juga dia menitiskan air mata. Pelbagai perasaan yang hadir bagi kami kerana kami masih muda dan ada juga yang memandang serong. "Itulah makan tak dijaga", "Makan manis2" dan macam-macam lagi anggapan orang pada insan istimewa seperti kami. Mungkin pemakanan juga merupakan musabab dan mungkin kerana keturunan menguatkan lagi penyakit ini untuk menyapa kami. Ya, aku anggap ini suatu keistimewaan kerana tak semua akan hadapi seperti apa yang kami hadapi. Kami akan hadapi saat ini sehinggalah akhir nafas kami.

Untuk pengetahuan korang aku menghidapi diabetis type 1. Apa itu diabetis type 1? Ok boleh baca SINI dan SINI. Agak nak tahu lagi boleh la google sendiri.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Jangan lupa komen ya nanti aku jenguk korang pula.